Gangguan Elektrik





Ahad 26 April 2009. hari yang sangat membosankan dalam hidupku. Hari ini sepatutnya aku berada di Laut Silam memancing dengan kawan-kawan. Tetapi oleh kerana sesuatu sebab aku tak dapat pergi. Kebiasaannya kami guru-guru SK Lahad Datu II akan pergi memancing pada setiap hujung minggu. Selain sebagai hobi, aktiviti ini boleh melepaskan tekanan bekerja selama seminggu.
Tetapi hari ini terjadilah hari yang membosankan. Sudalah tak dapat pergi memancing, bekalan elektrik pula terputus. Biasanya kalau tak ada aktiviti lain, enternetlah yang boleh menghilangkan bosan. Tetapi bila elektrik tiada, nak melayari internet tak boleh. Bukan itu saja, apa yang dibuat dalam rumah semuanya tak kena. Biasalah zaman ini semuanya menggunakan elektrik. Radio, televisyen, peralatan memasak, kipas angin dan sebagainya, semuanya menggunakan elektrik.
Aku keluar ke pekan sambil membawa laptopku, nak pergi ke restoran yang ada menyediakan kemudaha wireless. Rupa-rupanya bekalan elektrik di pekanpun terputus. Kembalilah aku ke rumah dengan perasaan hampa, kesal, geram dan segala macam perasaan.






loading...

0 Response to "Gangguan Elektrik"

Catat Ulasan

close