Aku Kena Saman





Padi tadi aku kena saman ketika ke bandar hendak membeli ikan. Aku di saman oleh pegawai JPJ kerana memandu tidak memasang tali pinggang kaledar.
Walaupun ku merayu supaya tidak di saman, namun pegawai JPJ tersebut tetap menyaman ku.
Nampaknya pegawai JPJ tersebut seorang yang tegas dan bertanggungjawab dalam tugasnya. Walaubagaimanapun adakah ketegasan pegawai tersebut di lakukan kepada semua pemandu? Soalan ini bermain di kepala ku selepas menerima saman tersebut, kerna apa yang pernah ku dengar ketegasan pegawai-pegawai seperti mereka ini tidak kepada keluarga, orang-orang yang dikenali atau ada kepentingan kepada mereka, yang melakukan kesalahan.
Selain daripada itu ada juga pegawai-pegawai seperti mereka ini apabila memandu tidak memasang tali pinggang kaledar. Apabila perkara ini berlaku, dimanakah tanggungjawab pegawai-pegawai ini? Melakukan ketegasan kepada orang yang tidak dikenali tetapi tidak kepada diri sendiri, saudara, kawan-kawan dan orang yang berkepentingan kepada mereka.
Kepada pegawai-pegawai tersebut terutama pegawai yang menyaman saya tadi ingin ku ingatkan, mungkin mereka berkuasa dibidang mereka dan boleh buat apa yang mereka suka, tapi mereka harus ingat orang yang mereka tidak kenali itu berkuasa pula di bidang yang lain dan pegawai-pegawai tersebut perlu pula akur dengan kuasa mereka.






loading...

0 Response to "Aku Kena Saman"

Catat Ulasan

close