Ijam Masuk Politeknik





Pada 13 Januari, Norfaijam (Ijam) anak saya yang ke tiga, telah mendaftar sebagai pelajar dalam jurusan Kejuruteraan Awam peringkat sijil di Politeknik Kota Kinabalu.
Kami bertolak dari Lahad Datu pada 12 Januari kira-kira jam 3.30 petang. Kami singgah di persimpangan Daerah Sandakan-Kota Kinabalu kira-kira jam 6.00 petang. Keadaan hujan di sepanjang jalan melambat perjalanan kami. Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu.

Kami tiba di Kota Kinabalu lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Kami bermalam di rumah ipar saya di Kampung Kalansanan, Inanam.

Paginya kami terus pergi ke Politeknik Kota Kinabalu di Sepangar. Ramai pelajar mendaftar pada hari itu, selain pelajar dari seluruh Sabah, ada juga pelajar dari negeri-negeri lain. Oleh sebab itu urusan pendaftaran memakan masa satu hari. Saya selesai mengurus pendaftaran Ijam dan menghantarnya ke Kamsis lebih kurang jam 4.30 petang. Selepas itu saya dan isteri saya meninggalkan Ijam untuk balik ke Lahad Datu.

Sebelum balik kami singgah di sebuah kedai aksori kereta untuk mengantikan cermin tingkap depan sebelah kanan kereta yang pecah semasa kami datang ke Kota Kota Kinabali. Kami bertolak dari Kota Kinabalu kira jam 6.30 petang dan tiba di Lahad Datu pada jam 12.20 malam.






loading...

1 Response to "Ijam Masuk Politeknik"

close