Norfaziela merupakan puteriku yang ketiga dan anak yang kelima daripada sepuluh orang putera-puteriku. Norfaziela atau Ziela nama singkat yang selalu kami sekeluarga gunakan untuk memanggilnya, telah dilahirkan pada 23.08.1990.
Ketika Zila baru dilahirkan, masa itu belum lepas 40 hari lagi, isteriku terpaksa meninggalkannya kerana masalah keluarganya di Filipina. Sejak itu Zila dijaga oleh adik perempuanku yang kebetulan ketika itu baru beberapa bulan kehilangan anak keduanya sewaktu bersalin. Setelah hampir 3 bulan di Filipina baru lah isteriku kembali.
Setelah isteriku kembali dari Filipina, Zila telah kami ambil dari adikku. Walaubagaimanapun mungkin kerana Zila telah biasa dengan adikku suami-isteri,.Zila terpaksa kami kembalikan kepada adikku untuk dijaganya kerana setiap malam Zila menangis tidak henti-henti. Sejak itu Zila telah dijaga dan diasuh oleh adiku suami-isteri.
Seperti kanak-kanak lain, Zila membesar dengan normal.Sejak mula bersekolah Zila aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan mahupun di sekolah atau kampung. Antara aktiviti-aktiviti yang disertainya ialah nasyid, tarian, olahraga, bolajaring dan bola tampar.
Pada tahun2007 ssuatu telah merubah hidup Zila. apabila zila telah didapati mengidap barah otak. Pada bulan Julai 2007 Zila telah menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu bagi membuang barah yang ada di belakang kepalanya. Sejak itu zila menderitra sakit sehinggakan keadaan tubuhnya hanya tinggal tulang sahaja.
Walau bagaimanapun zila kemudiannya beransur-ansur sembuh sehinggakan dia boleh duduk dan makan sendiri, tetapi masih tidak boleh berjalan.
Setalah dalam keadaan beransur-ansur sembuh, pada bulan Januari 2010, keadaan Zila kembali lemah.
Zila telah dimasukkna ke Hospital Lahad datu pada 12 Jan 2010 dan seterusnya dihantar ke Hospital Tawau untuk peperiksaan lanjut. Menurut doktor yang merawatnya barah yang ada dikepalanya telah aktif semula. Doktor juga menyatakan mereka tidak boleh membuat pembedahan kali kedua kerana keadaan zila yang lemah. Setelah berada 2 malam di Hospital Tawau, kami telah membawa balik Zila ke rumah.
Walaupun kami tidak berputus asa dengan keputusan doktor dan berusaha mencari ubat-ubat kampung dari bomoh, namun mungkin Allah lebih menyayanginya.
Zila telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Mac 2010 jam 2.10 petang di Hospital Lahad Datu, setelah kami menghantar zila ke sana sehari sebelumnya.
Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Kampung Bikang Lahad Datu berhampiran datuknya yang juga baru disemadikan 3 bulan yang lalu kerana mengidap barah usus.
Untuk melihat gambar-gambar Zila selanjutnya sila klik di sini
loading...
Takziah di atas pemergian anak cigu.
BalasPadam