Aku Di Lahad Datu





Baru-baru ini aku telah balik ke Lahad Datu bersama-sama keluargaku dengan menaiki flight. Oleh kerana kedatanganku kali ini singkat masanya, banyak perkara yang tak dapat ku lakukan semasa di sana. Kematian adik datukku dan majlis pertunangan adik perempuanku membuatkan aku tidak ada masa untuk berjalan-jalan dan berjumpa kawan-kawan.

Niatku untuk pergi ke Menara Kayangan sebuah tempat peranginan yang baru dibuka di puncak Bukit Silam yang akan menjadi satu lagi tarikan kepada pelancong di Daerah Lahad Datu tidak kesampaian. Aku berhasrat sangat untuk kesana kerana sewaktu aku berpindah ke Labuan, tempat itu belum dibuka lagi.

Kepada rakan-rakan rapatku, minta maaf kerana tidak sempat berjumpa dengan kamu. Semoga  kedatanganku akan datang ada peluang untuk kita lepak di Rumpun Selera Bandar Perdana untuk bersembang.

Tiba saja di Lahad Datu kami terus ke Pasaraya Servey di Bandar Perdana untuk membeli kereta sorong cucuku

 Pengkebumian adik datukku Kakek Suadi Bin Dulgani


Majlis Pertunangan adik perempuanku Marsellah Bt Naridin


Bergambar bersama cucuku di Lapangan Terbang Lahad Datu semasa hendak balik ke Labuan








loading...

0 Response to "Aku Di Lahad Datu"

Catat Ulasan

close