Setelah berada lebih kurang 5 hari di Lahad Datu, adikku Narimin dan keluarganya telah balik ke Labuan tengahari tadi.
Mereka tiba dari Labuan pada 22 Disember 2008 yang lalu untuk bercuti di Lahad Datu. Dengan datang sekeluarga ke Lahad Datu, dapatlah anak-anak Narimin mengenali lebih rapat keluarga mereka di Lahad Datu.
Walaupun jarang-jarang berjumpa, nampaknya kemesraan anak-anak Narimin dengan keluarga di Lahad Datu terutama sepupu-sepupu mereka begitu erat sekali.
Bertugas di Labuan sebagai salah seorang pegawai dalam institusi pendidikan, menyebabkan Narimin terpaksa menetap di Labuan apatah lagi apabila ia telah mendirikan rumahtangga dengan orang Labuan. Oleh kerana itu hanya dalam 2 tahun sekali mereka bercuti ke Lahad Datu untuk bertemu keluarga.
loading...
Miss him so much. He's my ex teacher at ST Dominic..I met him in UiTM Sabah somewhere in 1997...kirim salam mereka sekeluarga k
BalasPadamThanks alot babyrenn ayon coz still remembering me. Miss Lahada Datu alot.Keep in touch k.And bro, thanks alot for adding me in your blog.
BalasPadamHebat ba ko tul
BalasPadam