Norfazlie adalah anakku yang ke lima. Walaupun tidak secemerlang pelajar-pelajar lain, namun antara anak-anakku yang sudah mengambil Peperiksaan SPM, Norfazlie mendapat keputusan yang agak baik dibandingka dengan kakak dan abang-abangnya.
Sejak ia mendapat keputusan SPMnya baru-baru ini, dia telah mendapat beberapa tawaran dari pusat pengajian tinggi. Antara tawaran-tawaran tersebut, ada dua tawaran yang dia begitu berminat. Tawaran tersebut ialah KPLSM Lepasan SPM dari IPG dan Kejuruteraan dan Sains Komputer dari UIAM.
Aku sendiri tidak berani memberi cadangan bila dia bertanya padaku yang mana harus dia pilih. Keputusan ini adalah berkaitan dengan masa depannya. Aku takut memberi keputusan kepadanya, takut tersilap dan menjadi sesalan baginya. Apa yang aku dapat katan kepadanya ialah " Kau buatlah keputusan terbaik, kerana ia melibatkan kehidupanmu kelak."
loading...
0 Response to "Bidang Perguruan atau Kejuruteraan dan Sains Komputer"
Catat Ulasan