Aku Tak Dapat Balik





    Sekarang ini aku terpasak berulang-alik setiap minggu dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu kerana isteri dan anak-anakku telah berpindah ke sana. Biasanya aku akan ke Kota Kinabalu pada petang Jumaat selepas mengajar, dan kembali ke Lahad Datu subuh Isnin.
    Seperti biasa pada 10 Mei 2010 jam 3.00 subuh, aku bertolak dari rumahku di Universiti Apartment Fasa 2 untuk balik ke Lahad Datu. Ketika itu hujan yang turun awal tengah malam masih lagi turun dengan lebatnya. Masa aku tiba di Jalan Tobobon, beberapa buah kereta di hadapan ku bergerak perlahan. Rupa-rupanya jalan dihadapanku dilimpahi oleh air sebab itulah kereta bergerak perlahan. Pada mulanya keadaan air tidaklah dalam, tetapi semakin aku bergerak ke hadapan aras air di jalanraya semakin dalam. Oleh kerana terdapat beberapa buah kereta yang telah berhenti di tepi jalan, akhirnya aku mengambil keputusan untuk balik saja ke rumahku di Universiti Apartment dan paginya barulah akan balik ke Lahad Datu.
    Paginya kira-kiranya jam 8.00 pagi, setelah hujan berhenti lebih kurang sejam, akupun meneruskan perjalananku untuk balik ke Lahad Datu. Oleh kerana keadaan air belum surut sepenuhnya, jalanraya dari Sepanggar hinggalah ke Rugading, Tuaran, keadaan jalanraya sesak dengan kereta yang bergerak perlahan. Disebabkan oleh keadaan itu, aku hanya dapat tiba di Simpang Tuaran kira-kira jam 10.30 pagi. Disebabkan oleh keadaan ini, aku telah tidak dapat pergi kerja pada hari itu.
.
 Keadaan Jalanraya Tobobon, Mengatal.

Keadaan Jalanraya Rugading, Tuaran.







loading...

0 Response to "Aku Tak Dapat Balik"

Catat Ulasan

close