Malam tadi kami mengadakan majlis yang agak besar juga di kampung. Mengapa dikatakan besar? Kerana ia di rasmikan oleh YB, wakil rakyat di tempat kami. Majlis tersebut merupakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai aktiviti yang dilangsungkan sebelum ini.
Semua penduduk kampung datang berduyun-duyun sejak jam 8.00 malam kerana acara akan dimulakan tepat jam 8.30 malam sejurus YB tiba. Penduduk kampung ini merupakan penyokong kuat kepada YB dan pengundi-pengundi di kampung ini merupakan menyumbang yang besar kepada kemenangan YB pada Pilihanraya yang lalu.
Jam 8.30 malam, YB belum tiba sedangkan acara sepatutnya dimulakan. "Biasalah YB lambat sikit" kata hadirin yang hadir. Penduduk paham YB sibuk, maklumlah namanyapun YB.
Tepat jam 9.00 malam, acara masih belum boleh dimulakan kerana YB yang di tungu-tunggu masih juga belum tiba. Para hadirin sudah mulai resah dengan keadaan ini. Pengerusi penganjur bila ditanya bila YB tiba, menyatakan YB tidak dapat dihubungi.
Kalaupun YB tidak dapat datang, maklimkanlah ataupun hantar wakil, ini tidak. Beginikah sikap seorang YB, apabila diberi penghormatan untuk merasmikan satu-satu majlis dia tidak datang. Sedangkan ini lah peluang untuk berjumpa dengan masyarakat kampung terutamanya penyokong kuatnya. Jika begitulah sikapnya alamat pada pilihanraya akan datang jangan harap dia akan menang. YB harus ingat penduduk kampung bukan lagi seperti dulu, percaya bulat-bulat kata-kata manis YB masa bekempen.Penduduk kampung terdedah dengan media cetak dan elektronik semua perkembangan semasa mereka tahu. Jika sikap YB hanya datang masa berkempen tetapi selepas menang pilihanraya di jemputpun tidak datang, tidak mustahil sokongan penduduk kampung akan berkurangan.
Jadi kepada YB jangan seperti kacang lupakan kulit, janganlah hanya minta sokongan saja, tetapi sekali-sekali datanglah beri penghormatan kepada penduduk kampung. Tanpa undian penduduk kampung siapalah YB.
Entahlah pula jika YB berpikiran tak perlu sokongan penduduk kampung lagi. Jika kalahpun dah banyak harta yang dikumpul sepanjang menjadi wakil rakyat. Tujuh keturunan tak habis di makan. Fikir-fikirkanlah.
loading...
0 Response to "YB Tak Hadir"
Catat Ulasan