Pada 29hb September 2011, guru-guru dan murid-murid Tahun 5 mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya. Oleh kerana aku adalah salah seorang Guru Tahun 5, Majlis ini juga merupakan majlis perpisahan untuk aku yang akan bertukar ke Labuan. Dalam majlis ini aku telah diberi peluang memberi ucapan terakhirku sebelum menjamu selera. Acara juga di selang selikan dengan nyanyian dan pemberian cendera kenangan dari murid-murid Tahun 5 kepadaku. Ketika acara bersalam-salaman dengan murid-murid, aku tidak dapat menahan sebakku apabila mengingatkan aku akan meninggalkan mereka.
loading...
0 Response to "Majlis Perpisahan Bersama Murid-Murid Tahun 5, SK. Lahad Datu II"
Catat Ulasan