Selamat HARI GURU kepada semu rakan-rakan guru. Teruskan usah murni kita untuk mendidik anak bangsa.
Walupun sebilangan daripada masyarskat memandang rendah terhadap guru, disebabkan kejadian-kejadian seperti rogol murid, pukul murid hingga masuk hospital atau mati, guru hisap dadah dan mengedar dadah dan sebagainya lagi. Namun masyarakat jangan lupa guru juga manusia biasa, yang melakukan kesilapan atau kesalahan. Apa bezanya dengan doktor, jurutera dan peguam yang juga ada melakukan kesilapan yang sama atau lebih teruk daripada itu. Lagipun berapa orang guru yang melakukan kesalahan itu, dibandingkan bilangan guru semuanya? Jangan kerana "nila setitik rosak susu sebelanga".
Kepada mereka yang berminat menjadi gutu jangan pula tawar hati untuk mencapai cita-cita anda. Anda akan merasa bangga menjadi guru setelah mendapat tahu bekas anak didik anda telah berjaya dan mempunyai kerjaya masing-masing.
Kepada rakan-rakan guru, ingatlah kita juga dulu adalah bekas murid berilah ucapan hari guru kepada bekas-bekas guru kita. Kepada bekas murid-murid yang memberi ucapan selamat hari guru diucapan terima kasih kerna ingatan dari kamu semua.
loading...
0 Response to "Hari Guru 2011"
Catat Ulasan