Akhirnya Ku Sampai





Walaupun aku di lahirkan di Daerah Lahad Datu di mana terdapatnya sebuah pusat penyelidikan hutan,pendidikan alam semulajadi dan rekreasi hutan rimba iaitu Lembah Danum. Namun sejak ia diwujudkan pada tahun 1985 hanya pada hari ini baru aku sampai ke sana.

Rasa pelik jugakan, orang-orang dari seluruh dunia dah ramai sampai ke sana tapi aku baru hari ini. Aku sampai ke sanapun kerana menghantar saudara mara pegawai tempat aku betugas yang berasal dari Kelantan yang datang bercuti ke sini.

Perjalana yang memakan masa lebih kurang 5 jam pergi dan balik itu merupakan pengalaman menarik bagi ku. Suasana hutan di sekeliling mengingatkan aku kembali pada zaman kecilku ketika keluargaku mula membuka tanah baru di kawasan Silam salah sebuah kawasan penempatan penduduk di Lahad Datu.

Sepanjang perjalanan yang jaraknya lebih kurang 150km pergi dan balik, aku berharap dapat melihat rusa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama payau. Menurut kawan-kawan yang pernah datang ke situ jika bernasib baik kita boleh melihat rusa makan di tepi-tepi jalan. Namun begitu aku hanya dapat melihat beberapa ekor babi hutan yang melintas serta kelompok-kelompok najis gajah bertaburan di atas jalan.

Jika sebelum ini aku menceritakan tentang Lembah Danum berpandukan cerita kawan-kawan yang pernah pergi ke sana, tetapi selepas ini aku dengan bangga sebagai anak kelahiran Lahad Datu akan menceritakan kepada sesiapa yang ingin tahu, satu-persatu tentang Lembah Danum yang bukan saja terkenal di Malaysia tetapi di dunia.








loading...

2 Responses to "Akhirnya Ku Sampai"

  1. Salam bro,

    Rindu bah juga Sumandak mao p Lembah Danum kalo boleh posting2 la area sana bole gak mengubat rindu...

    BalasPadam
  2. Sumandak.
    Thanks kerana jenguk blog saya.
    Diharap kita akan selalu berhubung dan membincangkan keadaan semasa negara kita yang tercinta ini.
    Anyway, u orang Sabahkah?

    BalasPadam

close