Komunis-Semangat Patriotik





Isu adanya golongan yang cuba memperkenalkan semula fahaman komunis di negara ini menjadi isu yang hangat pada ketika ini.Lebih-lebih lagi apabila kerajaan diminta untuk menerima Chin Peng kembali Ke Malaysia serta ditambah dengan tertubuhnya sebuah blog Kampung Perdamaian Sukhirin-Kini Dan Silam yang berfokuskan kepada pejuang-pejuang Rejimen ke-10.

Apa yang ingin saya coretkan pada kali ini adalah tentang sikap beberapa pihak atau blogger-blogger terhadap isu tersebut. Saya begitu kagum dengan semangat patriotik mereka terhadap negara. Terutamanya mereka-mereka yang lahir selepas merdeka lebih-lebih lagi selepas negara diistihar bebas dari ancaman komunis.

Tentang permintaan untuk Chin Peng kembali ke Malaysia bagi saya no komen, apa yang baik itu terpulang kepada kerajaan untuk membuat keputusan. Tetapi bagi blog Kampung Perdamaian Sukhirin-Kini Dan Silam, usaha penulis untuk mempaparkan perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan terutamanya yang tidak tercatat dalam sejarah negara adalah satu usaha yang baik. Yang menyedihkan saya sikap mereka-mereka yang terus naik minyak memaki hamun menggunakan kata-kata yang kesat dan keji terhadap penulis blog tersebut.

Sebagai orang yang berpendidikan dan berfikiran waras, sepatutnya kita tidak melihat sesuatu perkara itu dari satu sudut sahaja. Berbanding orang Melayu dulu dengan sekarang, orang Melayu dulu-dulu kuat berpegang dengan agama. Pendidikan utama mereka sejak kecil adalah tentang agama. Bukan seperti sekarang ini didikan agama adalah perkara yang ke-2. Jadi, jika kita fikirkan mengapa mereka dengan mudah boleh menyertai Komunis jika mereka mempunyai pegangan agama yang kuat? Inilah yang perlu kita fikirkan, bukannya terus memaki hamun membuta tuli, ingin menunjukkan yang kita ini mempunyai semangat patriotik yang tinggi, faham tentang sejarah, tentang perjuangan orang-orang Melayu.

Bagi kita yang lahir selepas merdeka kita tidak merasa kesengsaraan yang di alami mereka. Kita hanya mengetahuinya dari sejarah sahaja. Jadi apa yang dikatakan oleh beberapa pihak yang mengatakan bahawa sejarah negara kita banyak yang disembunyikan perlulah kita kaji kebenarannya. Setakat ini saya tidak mengatakan saya percaya dengan kenyataan tersebut. Tetapi dengan adanya blog tersebut kita bolehlah menggunakan fikiran kita yang waras untuk menilainya.

Saya teringat semasa di sekolah kita belajar sejarah tentang Laksamana Cheng Ho yang datang ke Melaka. Kita hanya diajar bahawa Laksamana Cheng Ho adalah Laksamana dari Negeri China tapi tidak di ajar bahawa Laksamana tersebut adalah beragama Islam. Begitu juga dangan tokoh-tokoh terkemuka dunia dalam bidang algibra, astronomi dan sebagainya tidak dinyatakan bahawa mereka adalah beragama islam.

Sebagai orang yang berpendidikan, berfikirlah dari pelbagai sudut. Jangan kerana fahaman kita, kita menganggap kita saja yang betul. Jika kita menganggap mereka cuba merosakkan orang Melayu serta negara, gunakanlah cara yang baik untuk menanganinya. Bukannya dengan cara memaki,mengeji mengutuk dan sebagainya.






loading...

0 Response to "Komunis-Semangat Patriotik"

Catat Ulasan

close