Isu Tuntutan Kenaikan Gaji Pembantu Rumah





Isu mengenai pembantu rumah di Malaysia telah berlarutan sejak dari dulu lagi. Isu yang terbaharu ialah tentang tuntutan kenaikan gaji Pembantu Rumah Indonesia. Sementara ini Kementerian Sumber Manusia belum bercadang membuat apa-apa pengumuman mengenai usul Kerajaan Indonesia berkaitan tuntutan supaya menaikkan gaji pembantu rumah dari RM400 kepada RM600.Rata-rata majikan yang mengambil pembantu rumah dari Indonesia tidak setuju dengan tuntutan tersebut.

Dengan gaji RM600 seperti yang dituntut oleh Kerajaan Indonesia tersebut, adalah baik jika pengambilan pembantu rumah tidak lagi diambil dari negara-negara jiran. Ramai penduduk tempatan akan menerima kerja sebagai pembantu rumah sekiranya gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM600 sebulan.

Alasan bahawa penduduk tempatan tidak berminat menjadi pembantu rumah adalah tidak boleh diterima. Khasnya penduduk pedalaman di Sabah, Mereka sebenarnya hidup dalam serba kekurangan. Dengan tinggal di pedalaman apalah yang dapat menyara hidup mereka.
Sekiranya belia-belia ini diberi peluang bekerja sebagai pembantu rumah, pasti mereka menerima tawaran tersebut.

Apa yang perlu, kerajaan perlulah mencari cara bagaimana supaya mereka ini dapat tahu bahawa ada peluang perkerjaan untuk mereka.
Mereka tinggal jauh di pedalaman bagaimana mereka nak mengetahui adanya tawaran pekerjaan untuk mereka, selain krajaan mengambil langkah memperomosikan tawaran pekerjaan kepada mereka.

Sekarang ini ramai belia-belia ini pergi ke bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu dengan bekerja di kedai-kedai atau pasaraya-pasaraya dengan gaji di bawah RM500. Mereka terpaksa menyewa rumah dan untuk pergi kerja pula terpaksa mengeluarkan tambang setiap hari. Jadi berapakah yang dapat mereka kirim ke kampung dengan gaji mereka yang tidak seberapa itu.

Sekiranya kerajaan mengambil langkah menguruskan pengambilan pembantu rumah ke kawasan pedalaman negara kita ini, masalah tuntutan-tuntutan dan pengambilan pembantu rumah dari negara jiran tidak akan menjadi isu yang berlarutan dari dulu sehingga sekarang ini.






loading...

0 Response to "Isu Tuntutan Kenaikan Gaji Pembantu Rumah"

Catat Ulasan

close