Fadzrina Sambut Hari Jadi






Hari ini anakku Fadzrina menyambut harijadinya yang ke 12 tahun. Sambutannya sederhana saja kerana bajet bulan ini kurang. Hanya kami sekeluarga saja yang menyambut tanpa menjemput kawan-kawan ataupun saudara mara.

Sebelum itu, paginya kami ke Pejabat Pendaftaran untuk membuat kad pengenalan Fadzrina.
Kami berurusan di Pendaftaran tidak sampai setengah jam. Tidak ramai orang pada masa itu.
Nampaknya sekarang suasana di Pejabat Pendaftaran tidak lagi seperti dulu ketika MY Kad baru diperkenalkan. Ketika itu Pejabat Pendaftaran penuh sesak dengan orang ramai yang berurusan menukar kad pengenalan kepada MY Kad. Waktu itu jika anda berurusan alamat dari pagi hingga ke petang baru selesai urusan anda. Kalau tidak bernasib baik dibawa ke hari esokannya pula.






loading...

0 Response to "Fadzrina Sambut Hari Jadi"

Catat Ulasan

close