Cuti Hujung Tahun 2012





Pejam celik, pejam celik, tak sedar dah setahun aku berada di Labuan. Dalam masa setahun ini aku hanya sempat membuat coretanku sehingga april lalu saja. Budaya kerja di Labuan ini berbeza dengan di Lahad Datu sehinggakan tiada kesempatanku untuk membuat coretan. Hanya pada kali ini ada kelapanganku untuk mencoret kerana pada masa ini adalah cuti sekolah.

 Walaupun cuti sekolah, aku dan keluargaku tetap berada di Labuan. Buat masa ini aku dan anak-anakku hanya membantu isteriku berniaga di Pasar Malam Labuan. Hanya pada 22 Disember ini barulah kami sekeluarga balik ke ke Lahad Datu. Itupun kerana dapat tiket free. Kalau tidak, sudah tentu tak balik.



Sejak April lalu aku tidak membuat sebarang coretan, banyak perkara-perkara penting yang berlaku dalam hidupku. Antaranya..............

Pada bulan Jun aku telah mengiringi seorang muridku Farranisah mewakili W.P. Labuan dalam Kem Muzik Kebangsaan di Kota Kinabalu Sabah. Murid yang ku bimbing ini kini sedang menyertai Idola Kecil Musim 5 yang disiarkan setiap Sabtu, 8.30 malam di TV9.



Pada bulan Julai aku telah bertugas sebagai ajk teknikal negeri untuk Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat kebangsaan di mana W.P. Labuan adalah tuan rumah. Pada masa itu aku sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan seorang sastrawan yang terkenal.




Pada bulan Ogos pula aku telah mendapat seorang cucu perempuan dari anak ke dua ku Norfaizal.


Pada bulan itu jga anak kelimaku Norfazlie yang menjalani pengajian di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur telah membuat latihan mengajar selama seminggu di sekolah tempat saya bertugas.












loading...

0 Response to "Cuti Hujung Tahun 2012"

Catat Ulasan

close