Minggu Terakhirku Di Lahad Datu





Minggu ini adalah minggu terakhirku di Lahad Datu, kerana minggu depan aku akan berpindah dan bertugas di W.P. Labuan. Sudah tentu aku akan merindui daerah kelahiranku ini.

Minggu ini juga aku melatih group angklung sekolah bagi persembahan sempena APC Jabatan Pelajaran Daerah Lahad Datu pada 1 Okt. 2011 ini, yang  merupakan sumbangan terakhirku untuk SK. Lahad Datu II. Semoga masa persembahan nanti segalanya berjalan lancar yang akan ku bawa sebagai kenanganku di W.P.Labuan nanti.

Walaupun berat rasanya meninggalkan SK.Lahad Datu II dan daerah kelahiranku ini, namun demi keluarga aku terpaksa berpindah.






loading...

0 Response to "Minggu Terakhirku Di Lahad Datu"

Catat Ulasan

close