Permohonan Pertukaran Guru Januari 2012





Kepada rakan-rakan guru yang berhasrat bertukar tempat bertugas tahun depan 2012, permohonan pertukaran telah di buka secara online di e-GTukar bermula 1 September 2011.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2012 untuk DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Januari 2012 dijangka dikeluarkan mulai 14 November 2011.


Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, Sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula
.


Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar,

sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)


Untuk kali ini, sudah 4 kali saya memohon dan berharap tahun depan tercapailah hasrat saya untuk bertukar tempat bertugas.






loading...

0 Response to "Permohonan Pertukaran Guru Januari 2012"

Catat Ulasan

close